“Perbaiki Apa Yang Kurang, Bukan Macam Ni” – Netizen Tegur Kieda Crepe Bersemuka Dengan Ibu Tunggal Komen ‘Dessert’ Tak Sedap

Kehidupan

“Perbaiki Apa Yang Kurang, Bukan Macam Ni” – Netizen Tegur Kieda Crepe Bersemuka Dengan Ibu Tunggal Komen ‘Dessert’ Tak Sedap

Gara-gara  memberikan ulasan negatif terhadap produk crepe milik usahawan Kieda Crepe, wanita itu dilihat telah bersemuka dengan individu terbabit kerana ulasan di status WhatsApp tersebut telah didakwa menjejaskan reputasi syarikatnya.

Menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok, pemilik jenama itu, Siti Nur Khalieda Yusra, 28, berkongsi rakaman yang menunjukkan seorang wanita bernama Nur Zamilah Shaari tampil memohon maaf secara berdepan dengannya.

Advertisement

Zamilah mengakui kesilapannya memberikan komen buruk terhadap produk keluaran Kieda, khususnya dalam ulasan mengenai rasa makanan tersebut.

Menurut Kieda, dia menerima permohonan maaf itu dan memutuskan untuk tidak membawa perkara tersebut ke muka pengadilan.

Contohlah, awak ada beli produk Kieda dan rasa tidak sedap, cukuplah ia diberitahu dengan saya dan saudara mara sahaja.

Tidak perlu burukkan nama kedai itu di media sosial sebab syarikat saya ada banyak perut yang saya kena isi. Saya boleh pulangkan semula duit awak.

Kieda turut menjelaskan bahawa video itu bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai agar lebih berhati-hati sebelum membuat kenyataan yang boleh mencemarkan nama perniagaannya namun memadamnya tidak lama kemudian.

kieda crepe

Dalam masa yang sama, Kieda memaklumkan bahawa wang pembelian produk telah dikembalikan kepada Zamilah.

Namun perkongsian tersebut menimbulkan pelbagai reaksi yang rata-ratanya menganggap Kieda sebagai melampau dan sepatutnya mengambil kritikan tersebut dan memperbaiki mutu produk miliknya.

kieda crepe dikecam

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

sofyank cipta sejarah berkolaborasi dengan tom cruise di Jepun
1 day ago

"Rezeki Tom Cruise Dapat Jumpa Sofyank" - 'Influencer' VFX Cetus Sejarah, Kolaborasi Bersama Artis Hollywood

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...