Semalam, hangat diperkatakan di media sosial tentang video pelawak, Ali Puteh yang mendakwa balu arwah abangnya, Abam Bocey mengamalkan ilmu sihir.
Menerusi video tersebut yang telah pun dipadam oleh Ali, dia menjumpai beberapa barang seperti garam kasar, bangkai mengkarung dan kulit limau nipis di keliling rumah milik arwah abangnya itu.
Katanya, dia mendapat tahu bapa dan peguam Hidayah Ali datang ke rumah tersebut pada waktu pagi dan dia menjumpai barang itu sebaik sahaja kakak iparnya pulang.
Bagaimanapun, video tersebut telah mendapat perhatian seorang lelaki yang mempunyai asas perubatan islam yang membuat ulasan berkenaan dakwaan Ali.
Kata Encik Zakiy, berdasarkan barang-barang yang ditunjukkan oleh Ali tiada pun yang menunjukkan unsur sihir sebaliknya ia selalunya digunakan untuk ‘memagar’ rumah.
Tidak ke arah sihir sebab kita tak nampak pun tanda tanda sihir daripada bahan-bahan yang ditunjukkan tadi.”
@kandazakiyy #stitch with @Ohbulan Sekadar Pandangan Saya. Jika rasa Khawatir, boleh dptkan Khidmat Rawatan islam untuk check keadaan Rumah tersebut
Ulasan Zakiy meraih perhatian ramai warganet yang rata-ratanya memerli Ali Puteh kerana sesuka hati membuat tuduhan terhadap Hidayah.
Malah, sesetengah daripada mereka ‘terhibur’ dengan kata-kata akhir daripada Zakiy yang mengingatkan Ali untuk membayar duit saman.
Video video juga, duit jangan lupa bayar.”