Kehangatan persembahan Sufian Suhaimi di AJL 33 masih lagi terasa dan ramai yang masih belum dapat ‘move on’ dengan kejutan beliau membawa pelamin di atas pentas.
Bukan itu sahaja, suit hitam dengan corak merah di dada yang dipakai oleh Sufian turut mempunyai makna yang mendalam. Perkara itu di dedahkan sendiri oleh pereka fesyen Hatta Dolmat.
Hatta menghayati sepenuhnya bait-bait penuh unsur kekecewaan lagu Di Matamu ketika proses menyiapkan persalinan berkenaan.
Menurut Hatta, Sufian sudah lama meneruskan kehidupannya dan tidak lagi mengenangkan kisah putus tunangnya itu tetapi mahu mengekalkan mood dan karakter lagu tersebut termasuklah konsep putus cinta yang terserlah menerusi persalinan yang dipakai.
Rata-rata netizen memuji idea Hatta itu sangat kena dengan lagu serta persembahan Sufian. Sekali lagi tahniah buat Sufian, kami masih ingat kata-katanya yang berbuyi “ A broken heart creates a masterpiece” dan beliau sememangnya sudah berjaya mencipta sesuatu yang lebih baik disebalik kekecewaannya sebelum ini.

PakGeli
February 6, 2019 at 12:44 pm
Geli tengok lelaki merengek merintih.
Tk
February 6, 2019 at 9:24 am
AJL 3 Paling elegant ….. shery al hadad
Sapa boleh teka. Rambut paling buruk…….,
Anonymous
February 4, 2019 at 10:44 pm
Allah Maha Adil. Tahniah to both of them. Elfira for her marriage and Sufian for his achievement. Rezeki dari Allah swt. Dua2 happy. As a woman, biasalah susah nak move on. Masih nak juga ambil tahu hal ex and her mistakes to still talk abt him. Move on.
Anonymous
February 4, 2019 at 6:56 pm
Pian dan Misha menguasai AJL33!!!
Anonymous
February 4, 2019 at 7:03 pm
Elpirah kena maki sbb menyibuk!
benci androgynous
February 4, 2019 at 6:32 pm
pian gambar ko tido gan bitch camne? nerd tolol
Anonymous
February 4, 2019 at 6:59 pm
Kahx3 popariti Pian melonjak lagi. Elpirah.. makin sendu! Byeeee…