Tegas pelakon hebat Que Haidar, hanya kerana segelintir selebriti yang mengambil kesempatan melanggar prosedur operasi standard (SOP) seperti yang telah ditetapkan, ia telah menjejaskan reputasi industri hiburan hingga ada yang menggelarkan selebriti ‘bodoh’ dan ‘kayangan’.
Tambah Que lagi mengenai perkara tersebut, peraturan yang digubal bukan hanya tertakluk untuk sesetengah orang sahaja namun peraturan tersebut digubal untuk semua rakyat Malaysia mematuhi tanpa ada kompromi.
Kata pelakon Rock Oo! itu dalam ciapan di Twitter nya,
SOP adalah untuk semua. Golongan ‘kayangan’ ini pada saya tak sepatutnya ada dan tak seharusnya wujud. Perasaan menganggap kita ini ‘kayangan’ patut dihentikan. Pada saya kita ni semua sama.
Lebih-lebih lagi dalam menangani virus Covid-19. Tak sepatutnya timbul isu langgar SOP. Tak mematuhi arahan/saranan kerajaan demi kepentingan diri sendiri.
Bersukat sama paras, bertimbang sama berat. Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.
SOP adalah untuk semua. Golongan “kayangan” ni pada saya tak sepatutnya ada dan tak seharusnya wujud. Perasaan menganggap kita ni “kayangan” patut dihentikan. Pada saya kita ni semua sama.
— Que Haidar (@que_haidar) May 23, 2021
Que akui menjadi figura awam ini bukan sesuatu yang mudah dan ia merupakan tanggungjawab yang besar, bukan sahaja perlu menjaga tingkah laku malah menjadi contoh yang baik untuk umum.
Dalam pada masa yang sama, Que juga turut menasihati semua pihak agar sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan dan menjadi perkara yang telah terjadi sebagai pengajaran hidup.