“Perangai Saya Tak Elok Tapi Dia Tetap Ada..” Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-5, Shaheizy Sam Titip Ucapan Istimewa Buat Syatilla Melvin

Hiburan

“Perangai Saya Tak Elok Tapi Dia Tetap Ada..” Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-5, Shaheizy Sam Titip Ucapan Istimewa Buat Syatilla Melvin

Genap lima tahun melayari bahtera perkahwinan, pelakon Shaheizy Sam mengakui isterinya, pelakon dan usahawan kosmetik, Syatilla Melvin seorang yang banyak bersabar dan tabah melayan karenahnya sejak mula berkenalan sehinggalah kini mempunyai dua orang anak hasil perkongsian hidup bersama.

Syatilla Dan SamSumber : Instagram Shaheizy Sam  

Sam atau nama sebenarnya, Shaheizy Sam Abdul Samad turut meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang isteri yang sangat penyayang terhadap dirinya dan anak-anak.

Advertisement

Malah, isterinya itu juga menjadi asbab buat dirinya untuk berubah menjadi seorang suami dan bapa yang lebih matang.

Menyambut ulang tahun perkahwinan ke lima tahun, Sam tampil menitipkan kata-kata penghargaan buat Syatilla kerana isterinya itu masih setia di sisi meskipun menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan sepanjang perkahwinan mereka.

“Sebelum berkahwin, saya seorang lelaki yang ego, pentingkan diri sendiri..apa yang saya nak, saya akan dapatkan. Saya ada perangai itu. Kenal Tilla dah lama, dia banyak bersabar dengan saya. Ikut sahaja karenah saya sampailah kami berkahwin. Apabila dah kahwin, lima tahun..lalui banyak fasa. Kadang-kadang saya terfikir, walaupun perangai saya tak berapa elok, Tilla tetap ada bersama saya.”

Tambah Sam, melihat pengorbanan Syatilla melahirkan dua orang anak mereka menjadikan dia berazam untuk berubah ke arah yang lebih baik sebagai seorang suami dan bapa.

Dalam pada itu, Syatilla berkata setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga memerlukan kesabaran yang tinggi dalam melayari bahtera ini. Pelakon drama Sha & Shah ini menzahirkan rasa syukur kerana sudah melepas lima tahun pertama perkahwinan dan masih bertahan meskipun berdepan dengan ujian.

Mengakui tempoh lima tahun ini membuatkan dia lebih mengenali selok belok perangai suaminya itu, Syatilla memberitahu perkara yang paling penting dalam rumah tangga adalah komunikasi antara suami dan isteri.

“Paling penting dalam rumah tangga ini adalah komunikasi antara suami isteri. Kita kena ikut cara yang betul dan berkomunikasi dengan pasangan, Insya-Allah tak timbul masalah yang besar.” – Syatilla Melvin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...