Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Perangai Macam Sampah, Murahan!” Didi Astillah Diugut Dengan Pisau, Bakal Ambil Tindakan

Penyanyi dan juga pelakon Didi Astillah menerusi sebuah hantaran Instagramnya mendedahkan bahawa dia ada menerima mesej berbaur ugutan berserta sebilah pisau daripada individu yang tidak dikenali.

Didi AstillahSumber : Instagram Didi Astillah  

Didi yang juga adik kepada pelakon Bella Astillah berkata, selain ugutan tersebut, individu dipercayai wanita tidak dikenali itu turut memaki dan menulis kata-kata kesat terhadap dirinya tanpa sebab yang jelas.

Advertisement

Malah, lebih mengerikan, wanita tersebut turut menghantar gambar menunjukkan sebilah pisau dan memberi amaran akan membalas dendam.

Mengucap panjang, Didi atau nama sebenarnya Dayang Nazilah Awang Astillah meluahkan perasaan terkejut apabila menerima mesej sebegitu.

View this post on Instagram

A post shared by DA (@didiastillah)

Advertisement

“Astagfirullahalazim..terkejut apabila nampak DM ni. Dengan kata-kata kesat dan ugut saya macam ni, tolong jangan fikir saya tak boleh ambil tindakan dan awak suka-suka je bagi saya kata kata macam ni.”

Dalam hantaran tersebut, Didi telah memuat naik beberapa paparan tangkap layar mesej yang diterimanya di Instagram.

View this post on Instagram

A post shared by DA (@didiastillah)

Dalam perbualan tersebut, wanita tersebut telah meminta penjelasan Didi mengenai hubungannya dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Aiman Aziz. Namun tindakan Didi yang tidak membalas mesej berkenaan telah membuatkan pengirim menjadi lebih agresif sehingga mula membuat ugutan.

 

“Atas apa yang dia buat saya akan ambil tindakan cuma sekarang masih di set lagi. Insyallah lepas ni akan buat laporan, saya sendiri ada gambar muka dia yang diambil daripada sosial media.” – Didi Astillah

 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top