Sebuah video menjadi tular di media sosial apabila seorang wanita dipercayai bekas personaliti TV dilihat merempuh sebuah kereta yang diparkir di bahu jalan.
Difahamkan, wanita itu mungkin berasa berang kerana kereta tersebut diparkir di hadapan pejabatnya.
Individu yang merakam video saat selebriti itu merempuh kenderaan tersebut turut menunjukkan papan tanda pejabat Aidijuma.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendakwa wanita itu sebenarnya pengasas satu jenama tudung terkenal dan ramai juga yang meluahkan rasa hairan di atas tindakannya yang terlihat tidak waras itu.
Bukan sahaja melanggar kereta orang lain sesuka hati, wanita itu turut dilihat sengaja membuang sampah merata-rata termasuklah pisau.
Namun ada juga yang memaklumkan bahawa perangai sebenar personaliti itu sememangnya seperti itu sejak azali lagi.