‘Perang Dingin’ Dah 13 Tahun, Neelofa Ingin Bersemuka Dengan Nur Fazura – “I Would Love To Meet Her”

Hiburan

‘Perang Dingin’ Dah 13 Tahun, Neelofa Ingin Bersemuka Dengan Nur Fazura – “I Would Love To Meet Her”

Pelakon dan usahawan, Noor Neelofa akhirnya buka mulut mengenai ‘perang dingin’ yang terjadi di antara dia dan aktres Nur Fazura yang berlanjutan sejak 13 tahun yang lalu.

Ujar Neelofa, dia ingin menamatkan segala yang tercetus dan meletakkan noktah kemelut yang terjadi antara dia dan Fazura.

Advertisement

Bila saya fikir balik, dah berbelas tahun perkara ini berlaku. Takkan saya nak tunggu berpuluh tahun baru nak lakukan sesuatu. Jika saya diberikan peluang dan ruang untuk berdamai dan meletakkan segalanya di belakang, saya akan sambut dengan baik.

Saya rasa Fazura pun akan buat benda yang sama. Jika kedua-kedua pihak boleh lakukan perkara ini, saya rasa ia akan memberi kesan baik kepada peminat masing-masing. Tiada lagi pihak yang mengapi-apikan.

Katanya, dia dan Fazura sudah berkeluarga dan kehidupan sendiri dan Neelofa juga mengakui sudah penat apabila orang di luar sana mengapi-apikan mereka berdua.

Kami sebenarnya tiada apa-apa. Saya nampak dia pun tak ada cari pasal atau cakap apa-apa pasal saya. Yang lebih-lebih adalah orang luar yang tak ada kaitan dengan hidup kami.

Sementara itu, suami Neelofa, PU Riz juga terbuka untuk bertemu dengan Fazura.

Terdahulu, Neelofa dan Fazura didakwa bermasam muka ketika awal kemunculan mereka di industri hiburan.

Peminat tegar kedua-dua bintang selebriti ini juga dilihat sering mengapi-apikan Neelofa dan Fazura di media sosial.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Jejai Fasha Sandha
1 year ago

"Sebak Dengar Ucapan Jejai" - Fasha Sandha Sambut 'Birthday' Anak, Ucapan Bekas Suami Undang Sebak Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Ohbulan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...