Pengunaan telefon adalah sangat penting untuk semua tak kira umur, tanpa telefon, kehidupan kita seperti tidak lengkap dengan segala kecanggihan telefon pintar yang membuatkan kita berasa ketagih semasa menggunaka telefon.
Ini membuatkan setiap individu teringin memilikinya termasuklah golongan remaja dan kanak-kanak.
Di Perancis kerajaan telah mengeluarkan larangan penggunaan telefon pintar di sekolah untuk pelajar berusia 15 tahun ke bawah.
Menurut Business Insider Malaysia, para pelajar bawah 15 tahun diharamkan untuk menggunakan telefon pintar, tablet, jam pintar sepanjang sesi persekolahan.
Larangan penggunaan telefon di sekolah yang dilaksanakan di Perancis dipanjangkan ke seluruh sesi persekolahan termasuk waktu rehat.
Bagaimanapun, pelajar yang berusia 15 tahun ke atas mungkin akan dikenakan larangan yang sama bergantung kepada budi bicara pihak sekolah.
Pihak kerajaan sangat prihatin akan isu kanak-kanak bawah 15 tahun yang taksub dengan pengunaan telefon sehingga membuatkan mereka tidak endah dengan keadaan sekeliling.
Larangan pengunaan telefon di sekolah pada sesi pembelajaran telah dilaksanakan pada 2010, tetapi larangan baru ini ditambah ke waktu rehat juga.
Pengecualiaan larangan ini hanya diberikan kepada pelajar kurang upaya.
Tak silap negara kita juga tidak membenarkan pelajar membawa telefon pada sesi persekolahan, walaubagaimanapun para pelajar tetap membawa telefon mereka secara rahsia tanpa pengetahuan pihak sekolah.
Sumber: Business Insider Malaysia