Penceramah terkenal, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad tampil meninggalkan pesanan ‘pedas’ buat mereka di luar sana yang bercita-cita dan menyimpan hasrat untuk menjadi ‘orang ketiga’ dalam rumah tangga seseorang.
Maklum Prof Muhaya, kisah ‘penyondol’ tidak kira latar belakang agama kala ini dilihat semakin membimbangkan dan boleh diibaratkan sebagai penyakit berjangkit.
Katanya lagi, setiap perkara yang tidak baik yang dilakukan kepada orang lain pasti akan berbalik kepada diri kita sendiri.
Yang pertama, setiap apa yang awak buat tidak baik, dia akan datang pada awak. Bila kita suka buat benda yang tak baik, maka kita tahu benda tak baik akan datang.
Malah, ujarnya lagi, golongan ini tidak akan hidup bahagia kerana pasti akan terluka di hujung-hujungnya.
View this post on Instagram
Kedua, setiap kali kita memilih untuk melukakan orang lain, maka kita juga akan terluka. Ketiga, kita tidak akan boleh bahagia di atas kesusahan atau derita orang lain.
Prof Muhaya juga berpesan agar wanita di luar sana menjaga maruah diri dan tidak sesekali bercita-cita untuk menjadi ‘penyondol’ dengan menggunakan kelebihan diri sendiri seperti kecantikan yang diberikan Allah S.W.T.