Sedia maklum, sejak beberapa hari lalu hujan tidak henti-henti, sehinggakan beberapa kawasan dilanda banjir kilat dan hari ini diramalkan hujan lebat berterusan di tahap bahaya akan berlaku di negeri Perak, Pahang dan Selangor.
Menerusi kenyataan amaran cuaca yang dikeluarkan pada pukul 1.40 pagi tadi oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kawasan di Perak adalah Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Mualim.
Di samping itu, memetik dari artikel Sinar Harian, di Pahang pula, kawasan yang diramalkan terlibat adalah Cameron Highlands, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong dan Kuantan manakala kawasan di Selangor pula adalah seperti Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat serta Hulu Langat.
Dalam pada itu, hujan lebat berterusan di tahap buruk berlaku di Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah, Pahang (Temerloh, Maran dan Pekan), Sepang (Selangor), Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Jelebu (Negeri Sembilan).
Tambahan lagi, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran berjaga-jaga hujan berterusan di seluruh Perlis Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Sik dan Baling), Perak (Hulu Perak) dan Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai).
Kalau boleh duduk di rumah saja kalau tiada apa-apa hal penting yang perlu diselesaikan..