Perak Akan Membenarkan Jemaah Wanita Untuk Solat Sunat Aidiladha Di Masjid

Trending

Perak Akan Membenarkan Jemaah Wanita Untuk Solat Sunat Aidiladha Di Masjid

Bersempena dengan Hari Raya Aidiladha yang dijangka pada 31 Julai ini, Perak telah memberikan kebenaran untuk jemaah wanita menyertai solat jemaah di surau dan masjid. Tetapi menurut Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Shahrul Azam Shaari, mereka haruslah hadir bersama mahram.

Solat sunat Aidiladha secara berjemaah telah dibenarkan di Perak setelah merujuk garis panduan Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Bilangan jemaah yang dibenarkan juga adalah tertakluk kepada keluasan sebenar ruang solat di surau dan masjid tersebut.

Advertisement

Memandangkan sambutan Aidiladha tahun ini jatuh pada hari Jumaat dan selaras dengan ketetapan pemerintah, solat Jumaat berjemaah wajib dilaksanakan pada Hari Raya Aidiladha. Namun, kebenaran untuk solat berjemaah ini hanya diberikan kepada warganegara Malaysia sahaja buat masa ini.

Identiti para jemaah yang datang untuk bersolat hendaklah disemak dan direkodkan sebelum dibenarkan masuk ke ruang solat.

solat berjemaah

Menurutnya lagi, ibadah korban pula hanya boleh dilaksanakan di dalam kawasan surau dan masjid selepas mendapat kelulusan pihak berkuasa agama negeri dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar serta tertakluk kepada pematuhan garis panduan. Ibadah korban ini juga hanya dibenarkan kepada warganegara Malaysia sahaja buat masa ini.

Penggunaan ruang surau dan masjid untuk Aidiladha ini perlu lah mengikuti garis panduan yang ditetapkan untuk mengelakkan keadaan sesak daripada berlaku. Jabatan Agama Islam Perak akan mengeluarkan garis panduan mengenai perkara itu kepada semua Pengerusi Jawatankuasa Kariah masjid dan surau di seluruh negeri.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...