Perak Agih Sumbangan 20,000 Telefon Pintar Kepada Ketua Isi Rumah B40

Trending

Perak Agih Sumbangan 20,000 Telefon Pintar Kepada Ketua Isi Rumah B40

Ketua keluarga isi rumah B40 di negeri ini akan menerima telefon pintar seawal bulan depan bagi memudahkan program Tuisyen Cikgu Saarani (TCS).

Datuk Saarani Mohamad iaitu Menteri Besar Perak berkata, pemberian berkenaan bertujuan membantu keluarga tidak berkemampuan yang memerlukan telefon pintar untuk mengakses internet bagi membantu pembelajaran anak-anak mereka.

Advertisement

Tambahnya, perbincangan antara kerajaan negeri Perak dengan yayasan mengenai sumbangan telefon pintar itu telah diadakan sejak tiga minggu yang lalu dan dijangka akan dibuat keputusan minggu hadapan.

Sumbangan TCS

“TCS ini hanya nama program, kita akan buat program motivasi keibubapaan, motivasi pelajar dan perkhemahan dalam cuti untuk pelajar. Ini hanyalah idea, keputusan muktamad bergantung kepada sesi sumbang saran berkenaan”.

Beliau berkata demikian selepas Program Pecutan Akhir-Kelas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Tampan.

Dalam masa yang sama, walaupun sesi persekolahan secara bersemuka akan bermula bulan hadapan, kerajaan negeri tetap meneruskan program pemberian alat peranti di bawah TCS untuk kegunaan jangka panjang.

Sementara itu, TCS yang dilancarkan pada 3 Februari lalu, ia merangkumi inisiatif dan bantuan membabitkan tuisyen dan kelas tambahan, bantuan khas makanan, program latih tubi menjelang peperiksaan, seminar menjawab soalan peperiksaan serta penyediaan bahan mengajar yang berasaskan video khusus untuk pelajar daripada keluarga B40.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...