“Penyondol Tu Cuba Plan Dengan Bekas Suami Untuk Buat Saya Nusyuz” – Tular Video Viral Wanita Terjah Hari Nikah Bekas Suami

Hiburan

“Penyondol Tu Cuba Plan Dengan Bekas Suami Untuk Buat Saya Nusyuz” – Tular Video Viral Wanita Terjah Hari Nikah Bekas Suami

Kisah Nurin Alisa sekali lagi hangat diperkatakan selepas video dirinya menerjah majlis pernikahan bekas suami tular di media sosial. Tindakan itu dilakukan selepas lelaki berkenaan didakwa gagal menunaikan nafkah anak sejak mereka berpisah.

Sebelum ini, kisah Nurin pernah menjadi perhatian apabila dia mendakwa rumah tangganya musnah akibat kehadiran orang ketiga. Namun bagi Nurin, apa yang dilakukannya bukanlah kerana ingin mencari kecoh atau membalas dendam, tetapi demi mempertahankan hak seorang ibu.

Advertisement

Ramai mungkin hanya melihat tindakannya sebagai drama, namun hakikat yang dilaluinya jauh lebih berat daripada apa yang dipaparkan di video.

Menurut Nurin, hanya seorang ibu sahaja yang benar-benar memahami perit getir membesarkan anak seorang diri tanpa sokongan yang sepatutnya.

Kisah yang tular ini turut membuka mata orang ramai mengenai nasib ibu-ibu tunggal yang ditinggalkan tanpa bantuan dan dalam masa sama sering dipersalahkan.

Dalam video yang dimuat naik Mingguan Wanita, Nurin tampil mendedahkan penganiayaan yang dilakukan bekas suaminya dari awal perkahwinan sehinggalah dia diceraikan.

Malah menurut Nurin, wanita yang menjadi isteri kepada bekas suaminya kini juga merupakan seseorang yang dikenali namun telah menikamnya dari belakang.

Ramai menghargai keberanian Nurin kerana bangkit menuntut hak, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anak yang dibesarkan seorang diri.

Semoga kisah Nurin menjadi suara kepada lebih ramai ibu yang senasib  yang masih bertahan, berjuang dan tidak pernah menyerah demi anak-anak. Jika ada yang teraniaya, semoga keadilan berpihak kepada mereka.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-11-15 13:35:15

"Kali Ni Kami Sokong Penyondol" - Wanita Diceraikan Talak Tiga, Ambil Keputusan Balas Dendam Nikahi Bapa Skandal Bekas Suami

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...