Sebelum ini, wanita asal Singapura iaitu Sarah Yasmine telah membongkar banyak hal mengenai pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies serta artis-artis Malaysia yang lain.
Kisah Sarah Yasmine ‘dilondehkan’
Kali ini di platform X, giliran kisah Sarah pula ‘dilondehkan’ oleh seorang individu yang dipercayai merupakan kenalan di kelab malam.
Dalam pendedahan screenshot mesej-mesej yang dimuat naik, individu itu mendakwa Sarah mempunyai sifat obses terhadap artis-artis dan merasakan dirinya lebih bagus daripada yang lain.
Thread untuk sarah yasmine ye dan org org yang bagi dia fame padahal terbukti dekni gila fame dan gila celebs. pic.twitter.com/nJrkXA1WFq
— デイジー (@obedientIy) April 28, 2024
Dapat dilihat dalam salah satu perbualan mesej, Sarah dikatakan merasa dirinya disukai ramai aktor Malaysia dan antaranya, Meerqeen dan Amir Ahnaf.
Tak patut dibanggakan
Individu tersebut merasakan netizen tidak sepatutnya ‘membanggakan’ wanita terbabit hanya kerana dia membongkar kisah orang lain menyondol Aliff Aziz sedangkan Sarah juga merupakan salah satu penyondol penyanyi itu.
Biarpun didakwa menipu, individu terbabit ada menunjukkan bukti bahawa pernah berkait dengan Sarah dan mesej-mesej yang dipaparkan adalah benar.