Penyokong Selangor Pula Ditahan, Dituduh Hina TMJ

Trending

Penyokong Selangor Pula Ditahan, Dituduh Hina TMJ

arrestPolis menahan seorang lelaki di Selangor malam semalam bagi membantu siasatan berhubung kes melakukan penghinaan terhadap Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi Facebook.

Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata lelaki berumur 23 tahun itu yang bekerja sebagai pembantu tukang masak ditahan kira-kira 8 malam di Taman Intan, Dengkil.

Advertisement

“Lebih kurang 10.15 pagi semalam, polis menerima satu laporan berhubung penghantaran mesej berbentuk jelik dalam Facebook yang bertujuan menghina dan menyakitkan hati Tunku Mahkota Johor.

“Suspek didapati memuat naik penghantaran mesej tersebut dalam Facebook atas nama Aiden Chew,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata selain menahan, polis turut merampas satu telefon bimbit berserta sim kad daripada lelaki tersebut.

Wan Najmuddin berkata permohonan reman terhadap individu terbabit akan dikemukakan di Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi membolehkan pihak polis melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia Malaysia (AKMM) 1998.

Katanya, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menyalahgunakan laman sosial.

Satu pasukan khas juga ditubuhkan oleh polis Johor untuk memantau, mengesan dan mengambil tindakan terhadap mereka yang menyalahgunakan laman sosial, katanya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...