Penyokong Mahu Lancarkan Tabung Harapan Najib?

Trending

Penyokong Mahu Lancarkan Tabung Harapan Najib?

Berita penangkapan dan pendakwaan Datuk Seri Najib Tun Razak atas tiga pertuduhan melakukan pecah amanah serta rasuah membabitkan wang berjumlah RM42 juta berhubung syarikat SRC International Sdn Bhd.  mendapat perhatian bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi dunia.

Advertisement

Mahkamah mengarahkan Najib untuk membayar ikat jamin RM1 juta dengan dua orang penjamin dan beliau perlu menyerahkan pasport diplomatik dan pasport awamnya. Dibenarkan untuk membuat bayaran ikat jamin secara ansuran, anak Najib telah membayar RM 500,000 terlebih dahulu dan bakinya pula akan dibayar pada Isnin depan.

Simpati dengan dugaan yang menimpa bekas perdana menteri itu dan keluarganya serta mengetahui Najib sedang menghadapi masalah kewangan sehingga hampir terpaksa mencagarkan rumahnya untuk membayar ikat jamin, sekumpulan penyokong tegar terdiri daripada Pemuda UMNO Wilayah persekutuan melancarkan tabung Solidariti Bebaskan Datuk Seri Najib Razak.

Semua sedia maklum akaun Najib dan keluarganya telah dibekukan dan semua duit dalam rumah walaupun 10 sen telah dirampas pihak berkuasa, jadi sukar untuk beliau hendak membayar jaminan tersebut hingga Isnin ini. Jadi kami semua ahli UMNO dan rakyat Malaysia ingin menyumbang kepada Najib supaya beliau tidak terbeban sangat nak membayar baki (wang jaminan) RM500,000.

Matlamat utama tabung itu dilancarkan adalah untuk mengumpul wang sebanyak RM500,000 sahaja dan ditutup serta-merta apabila jumlah itu berjaya dicapai dalam tempoh yang ditetapkan.

Sumber Berita : Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...