Penyewa Tempatan PPR/PA Tamak, Dikesan Sewa Unit Pada Warga Asing

Trending

Penyewa Tempatan PPR/PA Tamak, Dikesan Sewa Unit Pada Warga Asing

PPR

Penyewa warga tempatan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Projek Perumahan Awam (PA) dikesan menyewakan rumah kepada warga asing untuk memperoleh keuntungan atas angin.

Advertisement

Mereka dikatakan bersikap tamak apabila sanggup menggadaikan kemudahan tempat tinggal yang disediakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada rakyat Malaysia kepada warga asing pada kadar sewa RM300 hingga RM500 seorang, lapor Bernama.

Setiausaha Blok B PPR Intan Baiduri, Abdul Rahman Abdul Razak berkata semakin ramai warga asing yang dikesan di sekitar kediamannya kerana mereka sudah mula menetap di PPR secara berleluasa, lapor FMT.

Selain menyebabkan rasa kurang senang penyewa lain, tindakan ini juga kata Abdul Rahman, menyebabkan mereka yang benar-benar memerlukan rumah di kawasan ibu kota terabai.

“Ada ke patut kerajaan bantu kita, kita ambil kesempatan ini, untuk cari duit… mereka ini untung atas angin jer, sewa baru RM124 tetapi sewakan dekat orang asing sampai RM1,000 seunit,” katanya.

Dalam pada itu, Hidayah Mohammad, 29, dari PPR Kampung Baru Air Panas pula berpendapat, mereka yang sanggup menyewakan unit kepada orang lain sebenarnya tidak layak menerima unit terbabit.

Ini kerana, sudah pasti unit yang disewa itu tidak diduduki oleh penyewa asal sebaliknya mempunyai kediaman lain.

“Kalau unit dia orang pun dia orang dah sewa, mesti dia orang dah ada rumah lain, tak kan dia orang nak duduk dekat rumah yang disewa warga asing.

“Kemudahan untuk rakyat Malaysia bukan untuk warga asing, semua ini sebab sifat tamak,” katanya.

Seorang lagi penghuni Sofian Said, 44, yang menetap di PPR Intan Baiduri menyeru agar pihak DBKL memperbanyakkan operasi menjejak unit rumah yang telah disewa kepada warga asing dan merampas kembali unit itu untuk diserahkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Projek-projek perumahan itu yang tujuan asalnya untuk menyediakan kediaman bagi rakyat yang kurang berkemampuan di tengah-tengah­ kepesatan pembangunan ibu negara.

Selain unit rumah, turut disediakan ialah surau, dewan serba guna, gelanggang futsal, Klinik 1Malaysia, taman permainan kanak-kanak dan sebagainya untuk keselesaan penghuni.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...