“Penyewa Dari Neraka”, Lelaki Ini Kongsikan Kisah Penyewa Tinggalkan Rumah Jadi Tempat Pengumpulan Sampah

Kehidupan

“Penyewa Dari Neraka”, Lelaki Ini Kongsikan Kisah Penyewa Tinggalkan Rumah Jadi Tempat Pengumpulan Sampah

Kisah rumah sewa yang ditinggalkan dalam keadaan yang teruk memang selalu kita dengar. Banyak kali juga berlaku dimana tuan rumah terpaksa menanggung kerugian yang sangat tinggi bila ianya berlaku.

Tapi tak sangka pula ada juga yang kes seteruk ini. Memang patut lah mereka gelarkan kisah ini sebagai ‘penyewa dari neraka’ sebab memang teruk keadaannya.

Advertisement

Kisah ini dikongsikan oleh Hang Dhamin di laman Facebook nya. Rumah yang ditinggalkan penyewa ini sekali pandang dah macam tempat pelupusan sampah!

rumah sewa penuh sampah
rumah sewa
rumah sewa kotor
Tak tahu lah macam mana agaknya mereka tinggal di rumah macam ini sebelum ini. Yang peliknya, bukan orang bujang yang menyewa tetapi satu keluarga. Menurut pemilik rumahnya, Roy Terachi rumah ini milik arwah ayahnya yang terletak di Flat Bukit Gedung Pulau Pinang.

Bagi family ne untuk menyewa takda la mahal mana pun sewanya hanya RM350 sebulan.ko ghase ada lagi ke org bg sewa rumah kat Penang semurah ne 2019 kot guys..,,siap penyewa ne buat 1tahun pakej tak bayar sewa rumah,, punya la teramat baik mak aku ne,,kalau org lain..dh lama kne halau dah sebab tak bayar sewa.

Aktiviti pembersihan dilakukan selama berhari-hari kerana terlalu banyak sampah yang kena dibersihkan. Lebih teruk lagi semasa membersihkan rumah itu, mereka menjumpai anak-anak kucing yang baru sahaja dilahirkan.

Advertisement

Apalah agaknya nasib tuan rumah ni dapat penyewa macam ni kan. Tak rasa kesian ke buat rumah orang sampai macam ni sekali? Nampaknya netizen pun tak boleh nak ‘brain’ tengok keadaan rumah ni.

“Orang macam ni elok duduk dekat tempat pembuangan sampah aje.. Lebih teruk perangai dari pengemis”

komen di facebook
komen facebook
Walau apa pun alasannya, rasanya tak logik nak tinggalkan rumah sampai macam ni sekali. Sekurang-kurangnya bersihkan lah rumah tu dulu sebelum pergi.

Sumber: Facebook

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...