Penyelidik Mati Ditembak Ketika Hampir Membuat Penemuan Signifikan Mengenai COVID-19

COVID-19

Penyelidik Mati Ditembak Ketika Hampir Membuat Penemuan Signifikan Mengenai COVID-19

Dr Bing Liu berusia 37 tahun, yang membuat penyelidikan mengenai COVID-19 ditemui mati dibunuh ketika bersendirian di rumahnya di Ross Township, Pennsylvania, Amerika Syarikat.

Dia yang merupakan profesor di Universiti of Pittsburgh Pennslyvania, sebelum ini di katakan hampir membuat penemuan signifikan berkaitan pandemik itu.

Pihak polis menyatakan Liu ditemui dengan kesan tembakan di kepala, leher, badan dan kaki. Mereka turut menemui mayat seorang lelaki yang dikenali sebagai Hau Gu berusia 46 tahun di dalam sebuah kereta di luar rumah Liu. Polis percaya lelaki itu telah menembak dan membunuh Liu sebelum membunuh diri.

Advertisement

Polis mendedahkan kedua mangsa dan suspek mengenali antara satu sama lain tetapi masih belum ada bukti yang menunjukkan ia adalah satu jenayah kebencian.

Liu mempunyai Ijazah Kedoktoran dai Universiti Nasional Singapura dan kini bertugas di Fakulti Perubatan, Universiti of Pittsburgh.

Liu disifatkan sebagai seorang rakan kerja yang berdedikasi, pintar dan disenangi ramai. Dia banyak menyumbang beberapa projek ilmiah dan menerbitkan jurnal berprofil tinggi.

“Liu hampir membuat penemuan yang sangat penting untuk memahami mekanisme selular yang mendasari jangkitan SARS-CoV-2 dan asas selular dari komplikasi tersebut,” menurut kenyataan universiti itu.

Anggota fakulti yang lain kini berusaha untuk menyelesaikan kajian Liu sebagai tanda penghargaan kepada usahanya selama ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...