Penyelam Maut Ketika Misi Mencari Lion Air JT-610

Trending

Penyelam Maut Ketika Misi Mencari Lion Air JT-610

Sedang ramai yang masih bersedih dan terkejut dengan kejadian nahas yang menimpa pesawat Lion Air JT-610 yang terhempas Isnin lalu, kali ini kita dikejutkan dengan satu lagi berita sedih dengan kehilangan satu lagi nyawa.

Advertisement

Seorang penyelamat maut ketika melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR), mangsa nahas pesawat Lion Air JT-610 di perairan Karawang, Jawa Barat, semalam. Penyelam, Syachrul Anto disahkan meninggal dunia oleh Kolonel Laut (P) Isswarto.

 

Kerja-kerja menyelamat bagi mencari badan pesawat dan mangsa sudah dihentikan jam 4 petang waktu tempatan kerana cuaca gelap bagaimanapun Syachrul masih berada di dalam laut.

“Insiden itu berlaku jam 5.30 petang dan mangsa dikejarkan ke Rumah Sakit daerah Koja, Jakarta Utara dalam keadaan tidak sedarkan diri. Bagaimanapun, Syachrul disahkan meninggal dunia di Rumah Sakit.”

Sementara itu, Facebook Yosep Safrudin, rakan kepada Syachrul turut memuatnaik status pemergian sahabatnya.

Jelasnya, dalam kalangan rakan, Syachrul memang seorang yang aktif dalam misi kemanusiaan.

Dia baru seminggu pulang dari misi kemanusiaan membantu mangsa gempa bumi tsunami di Palu, kemudian kini berada di perairan Karawang untuk misi mencari mangsa nahas pesawat.

“Namun misi kemanusiannya ‘tewas’ dan berakhir di sini.”

“Rindu gelak tawanya, kebaikannya… selamat jalan ‘Ayah Anto, Om Anto, Ayah Haji. Semoga Om berada dalam khusnul khotimah”

Syachrul lebih mesra dipanggil ayah haji merupakan seorang penyelam berpengalaman luas dan sanggup mengetepikan pekerjaannya demi membantu misi kemanusian ini.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan semoga misi pencarian ini dipermudahkan.

Sumber: BBC Indonesia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...