Penyebaran Video Lama Difitnah Tidak Patuh SOP, Ismail Sabri Buat Laporan Polis, SKMM

Trending

Penyebaran Video Lama Difitnah Tidak Patuh SOP, Ismail Sabri Buat Laporan Polis, SKMM

Tular penyebaran video lama yang didakwa memfitnah pemimpin itu berkenaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, telah bertindak membuat laporan polis pada hari ini.

Menurut beliau, penyebaran video lama yang kini ditularkan kembali ke Facebook boleh mencetuskan isu dan pastinya mengelirukan rakyat.

Advertisement

Laporan polis telah dibuat sejurus video pertama yang dirakam ketika sidang media pada 14 April 2020 mendakwa beliau seolah-olah cuba mengelirukan rakyat berkaitan kompaun sekiranya melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP).

Katanya, video tersebut dtularkan kononnya ia adalah sidang media terbaru dan ia seakan mahu mengelirukan rakyat yang kononnya tiada lagi saman dan kompaun akan dikenakan jika melanggar SOP, tetapi akan terus dipenjarakan.

“Video tersebut adalah video lama dan kerajaan sudah melakukan pelbagai penambahbaikan dalam pelaksanaan SOP”

Manakala, video kedua yang tular dan diberi tajuk ‘sendiri buat SOP sendiri langgar’ adalah berkaitan rakaman dimana beliau hadir dalam satu majlis santai bersama penggiat seni tanah air sempena Kempen Tabung Hari Pahlawan pada 16 September tahun lalu, katanya.

Sumber : Google

“Video tersebut dengan sengaja disebarkan kononnya majlis itu adalah sambutan Tahun Baru Cina dan ingin saya tegaskan bahawa majlis tersebut diadakan ketika dalam pelaksanaan Perintan Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)”

Oleh itu, tujuan laporan polis terhadap kedua-dua video tersebut dibuat adalah untuk menghentikan penularan yang berunsur fitnah terhadap pemimpin itu.

“Implikasi daripada penyebaran video ini boleh menyebabkan timbulnya kemarahan rakyat sekali gus menjejaskan kredibiliti dan kepercayaan rakyat kepada saya”

Pun begitu, Ismail Sabri bagaimanapun tidak hadir ketika membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur, tengah hari ini, Sabtu.

Sebaliknya, beliau menghantar setiausaha akhbarnya, Azlina Md Rosdy sebagai wakil.

Susulan laporan dibuat, Azlina ada mengatakan bahawa pihaknya telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada Jumaat.

“SKMM sedang menjalankan siasatan mengenai perkara ini”

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...