Penyebaran Material Eksploitasi Kanak-kanak Terus Berlaku Di ‘Deep Web’ – Polis Australia

Trending

Penyebaran Material Eksploitasi Kanak-kanak Terus Berlaku Di ‘Deep Web’ – Polis Australia

Ketua pentadbir laman pedofilia di jaringan gelap (deep web) ialah seorang pekerja penjagaan kanak-kanak di Adelaide, Australia, Shannon McCoole yang telah dipenjarakan pada Ogos lepas selama 35 tahun kerana jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

5980038-3x2-700x467

Shannon McCoole – Pentadbir True Love Zone

Kes tersebut menyebabkan satu suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk merangka mekanisme perlindungan kanak-kanak di negeri tersebut, lapor ABC News.

Advertisement



McCoole mengawal keahlian True Love Zone dengan ketat dan ahlinya diwajibkan memuat naik material eksploitasi kanak-kanak yang terbaru secara berkala jika tidak mahu keahlian dilucutkan.

Ketua Taskforce Argos, Detektif Inspektor Jon Rouse, memberitahu bahawa detektif mereka telah mengenal pasti Huckle sebagai salah seorang ahli VIP di laman tersebut. Ahli VIP diberi ruang untuk berbual tentang kecenderungan seksual mereka di laman khas:

Dia (Huckle) mempunyai minat spesifik kepada kanak-kanak dari kaum India dan merupakan seorang penerbit material yang prolifik.

Rouse memberitahu yang Huckle telah menjadi ahli laman tersebut sejak 2013 dan telah memuat naik gambar-gambar baru berjumlah 20-30 megabait ke laman itu setiap bulan. Tambahnya:

Kami menganalisa semua material itu pada tahap memerhati bagaimana penderaan itu dilakukan dan cuba mendapatkan idea di mana ia semua berlaku.

Rouse memberitahu, selain McCoole, lapan lagi ahli senior atau ‘pentadbir utama’ laman tersebut telah ditahan semasa operasi Task Argos dijalankan: empat di Amerika Syarikat dan satu di Brazil, Belanda, Denmark dan Sepanyol.

Hampir kesemua mereka ditangkap apabila mereka sedang leka dalam talian.

True Love Zone mempunyai lebih dari 45,000 ahli pada skala global semasa polis menutupnya.

Rouse berkata di sebalik kejayaan berprofil tinggi polis di jaringan gelap dan di portal sulit yang popular The Onion Router (TOR), ia masih merupakan platform komunikasi bagi ramai pedofil yang menggunakan bod bulletin.

Ada bod-bod yang menyerlah di TOR.

Mereka tidak takut atau memperlahankan aktiviti. Itulah sifat semulajadi ‘binatang-binatang’ ini.

–amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...