Written by Bella | November 15th, 2018

Semalam, Mahkamah Majistret Taiping mengarahkan seorang lelaki dengan nama Muhammad Izwan Shah Kamal membayar saman RM100,000 kepada pihak Skop Productions atas kesalahan menyebarkan filem Munafik 2 secara haram di Facebook atas akaun Sasuke Kun.

Menerusi laman Facebook peribadi miliknya, Izwan yang tersentak mendengar jumlah saman yang harus dibayar itu mengakui beliau cukup menyesal dengan perbuatannya. Kata Izwan, jika beliau hidup selama 100 tahun sekalipun mustahil untuk beliau membayar RM100,000.

Pada masa yang sama , beliau juga memohon maaf kepada Skop Productions terutama sekali kepada Datuk Yusof Haslam dan Syamsul Yusof.  Meskipun disaman, Izwan bersyukur tidak dipenjarakan.

Kami berharap apa yang terjadi kepada Izwan ini akan menjadi pengajaran buat semua. Jangan pernah terlibat dengan jenayah cetak rompak dan hargailah usaha penggiat seni tempatan untuk menghasilkan karya berkualiti.

Kredit Foto : Instagram Munafik 2 Official

69 responses to Penyebar Filem Munafik 2 Menyesal, Hidup 100 Tahun Belum Tentu Dapat Bayar RM100,000

  1. lols says:

    padan muka kau. rasakan. aku baca je kat Fb yg kau dok menganjing org bagi warning suruh delete post tu, ego nak mampos. skrg nak guna simpati mak ayah bagai. hak tuih!

  2. Anonymous says:

    Sebelum buat sesuatu fikir dahulu….awak buat MCM Tu kat orang yg Banyak duit …..hidup awak yg rugi

  3. gg says:

    padan gn mke.. waktu syamsul bg warning and bg chance suruh ko padam ko duk provok org tu,, duk ngangjing2 org tu,, kau buat mcm org tu ckp main2 je nk amik tindakan.. ni ble dah kene bkn main berjela-jela ayt ko mntk simpati.. br ko rasa skit..

  4. Anonymous says:

    mase ko seronok2 org tu dah bagi warning n notis bagai ko cakap bukan2 kat diorg, eksyen lebih mamat ni, pastu bile ditimpa kesusahan, mak bapak jugak yg ko usul, nama mak ayah jugak ko up supaye org kesian. time ko happy time ko seronok2 buat tak pikir pulak kesannye kat mak bapak ko, bukannye ko budak kecik lagi, sudahnye aku bajet mmg mak bapak ko sure kesian kat ko n tolong gadai ape yg ade utk ko.

  5. kucin says:

    Shamsul yusoff tu dah dpt pangkat Dato ke??? agak2 la nak minta simpati pun.. si shamsul pun ko panggil dato..