Semalam, Mahkamah Majistret Taiping mengarahkan seorang lelaki dengan nama Muhammad Izwan Shah Kamal membayar saman RM100,000 kepada pihak Skop Productions atas kesalahan menyebarkan filem Munafik 2 secara haram di Facebook atas akaun Sasuke Kun.
Menerusi laman Facebook peribadi miliknya, Izwan yang tersentak mendengar jumlah saman yang harus dibayar itu mengakui beliau cukup menyesal dengan perbuatannya. Kata Izwan, jika beliau hidup selama 100 tahun sekalipun mustahil untuk beliau membayar RM100,000.
Pada masa yang sama , beliau juga memohon maaf kepada Skop Productions terutama sekali kepada Datuk Yusof Haslam dan Syamsul Yusof. Meskipun disaman, Izwan bersyukur tidak dipenjarakan.
Kami berharap apa yang terjadi kepada Izwan ini akan menjadi pengajaran buat semua. Jangan pernah terlibat dengan jenayah cetak rompak dan hargailah usaha penggiat seni tempatan untuk menghasilkan karya berkualiti.