Ia sudah berakhir. Perdebatan ini sudah menemui penyelesaian.
Gula, bukan lemak yang menyebabkan serangan jantung.
Oops. Nasihat para doktor selama 50 tahun dan panduan pemakanan yang dikeluarkan oleh kerajaan sebenarnya salah. Kita telah diberitahu untuk menggantikan telur dengan Cheerios (bijirin sarapan). Tetapi saranan itu sangat salah. Malah, ada kemungkinan nasihat yang buruk seperti itu telah menyebabkan jutaan rakyat Amerika terbunuh.
Dalam satu kajian terbaru yang dijalankan dengan teliti, mereka yang makan gula pada kadar terbanyak telah meningkatkan risiko untuk mendapat serangan jantung sebanyak empat kali ganda berbanding yang mengambil gula paling sedikit. Itu 400%! Satu tin soda boleh meningkatkan risiko serangan jantung sehingga 30%.
Kajian ini melibatkan 40,000 orang, diterbitkan di in JAMA Internal Medicine, yang mengambil kira perlbagai faktor risiko berpotensi yang lain seperti jumlah kalori, kualiti pemakanan keseluruhan, merokok, kolesterol, tekanan darah tinggi, obesiti dan alkohol.
Ini ialah lanjutan dari kajian yang dijalankan berdekad lamanya yang hampir keseluruhannya diabaikan oleh pertubuhan kesihatan dan penggubal polisi. Malah, Institute of Medicine mengesyorkan untuk mengambil gula tambahan tidak lebih dari 25% dari kalori keseluruhan. Benarkah?
Kajian ini menunjukkan yang risiko serangan jantung berganda jika gula ialah 20% dari kalori keseluruhan pemakanan anda.
Tetapi lebih dari 70% rakyat Amerika mengambil 10% kalori dari gula dalam pemakanan mereka. Dan lebih kurang 10% rakyat Amerika mengambil satu kalori gula dari empat kalori sehari.
Panduan Pemakanan Yang Gagal
Panduan Pemakanan AS tidak menetapkan had pada gula tambahan, dan US Food and Drug Administration (FDA) masih menyenaraikan gula sebagai “secara umum dianggap selamat” (GRAS). Klasifikasi tersebut menyebabkan industri menambah gula tanpa sebarang sekatan pada makanan. Sekurang-kurangnya American Heart Association mengesyorkan pemakanan seharian kita sepatutnya hanya mengandungi 5% – 7.5% gula tambahan. Namun begitu kebanyakan dari kita mengambil lebih banyak dari itu. Kebanyakan dari kita tidak sedar yang satu sajian sos tomato mengandungi lebih gula dari satu sajian biskut Oreo, atau yogurt buah mengandungi lebih gula dari satu tin Coke, dan kebanyakan bijirin sarapan—termasuk yang dibuat dari bijirin penuh—terdiri dari 75% gula. Itu bukan sarapan. Itu pencuci mulut!
Ini ialah satu anjakan paradigma yang besar. Untuk bertahun lamanya minda kita telah dibasuh untuk mempercayai bahawa lemak menyebabkan serangan jantung dan menaikkan kolesterol, dan bahawa gula tidak berbahaya, hanya sumber kalori yang kosong. Gula bukan kalori kosong, tetapi kalori yang membawa maut. Gula menyebabkan serangan jantung, obesiti, diabetes jenis II, kanser dan dementia, dan ialah penyebab kegagalan hati paling utama di Amerika.
Pesalah paling utama ialah minuman bergula termasuk soda, minuman sukan, teh dan kopi. Setakat ini, ia ialah sumber gula kita yang paling utama. Malah, lebih dari 37% dari kalori gula datangnya dari soda. Seorang remaja lelaki bersaiz sederhana makan 34 sudu teh gula sehari, atau sebanyak 544 kalori dari gula. Apa yang lebih membimbangkan, ini menyebabkan kanak-kanak berpotensi mendapat risiko serangan jantung pada masa terkemudian dalam hidup mereka. Ia membunuh mereka sebelum mereka menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-20.
Kajian terbaru ini selari dengan data yang dikumpulkan selama berdekad lamanya bahawa gula menyebabkan rintangan isulin, trigliserida yang tinggi, mengurangkan kolesterol HDL (baik) dan menaikkan kolesterol LDL (tidak baik). Ia juga menyebabkan radang atau inflamasi yang kita tahu ialah akar kepada penyakit jantung. Dan lemak, termasuk lemak tepu telah dipersalahkan secaara tidak adil. Kecuali lemak trans, lemak sebenarnya bersifat sebagai pelindung. Ini termasuk lemak Omega-3, kacang dan minyak zaitun yang terbukti mengurangkan risiko serangan jantung sehingga 30% dalam satu kajian terkawal terkini melibatkan ramai orang.
Ini fakta yang mudah: kalori gula lebih buruk dari kalori yang lain. Tidak semua kalori dicipta setaraf. Satu kajian terbaru membabitkan 175 negara mendapati bahawa meningkatkan kalori keseluruhan tidak meningkatkan risiko diabetes jenis II, tetapi meningkatkan kalori gula dalam pemakanan telah meningkatkan risiko mendapat diabetes secara dramatik.
Bagaimana Mengatasi Ketagihan Gula
Amerika ketinggalan berbanding Negara lain dalam mengatasi masalah ini. Mexico contohnya, memberi respon setelah mengetahui bahawa apabila peningkatan pengambilan minuman soda meningkat sehingga 20% dari kalori keseluruhan rakyat biasa, jumlah obesiti dan pesakit diabetes tahap II meningkat. Pegawai kesihatan awam di situ telah menjalankan kajian mengenai cara menangani obesiti dan diabetes di seluruh dunia.
Antara tindakan yang diambil ialah mengenakan cukai terhadap minuman soda, mengharamkan pengiklanan makanan ringan, serta mengharamkan makanan berproses, makanan ringan dan minuman bergula di sekolah-sekolah. Lebih dari 15 negara telah menyasarkan untuk mengenakan cukai terhadap minuman bergula—satu strategi yang terbukti berjaya.
Satu lagi strategi yang efektif ialah mengubahsuai pelabelan makanan untuk menyatakan secara jelas sama ada sejenis makanan itu baik, perlu dimakan dengan pengawasan atau tidak baik untuk anda. Di AS, seseorang yang memiliki ijazah falsafah dalam nutrisi juga mengalami masalah untuk memahami label bungkusan makanan, jadi bagaimana pula dengan rakyat biasa?
Bukti terkini yang banyak dengan jelas menunjukkan bahawa gula—dan tepung, yang meningkatkan gula darah dengan tinggi berbanding sukrosa (gula semulajadi) secara biologikal menyebabkan ketagihan. Malah, ia lapan kali lebih menyebabkan ketagihan berbanding kokain.
Rakyat Amerika yang biasa mengambil sehingga 69 kg gula dan 66kg tepung setahun. Adalah penting untuk kita merombak panduan pemakanan kebangsaan kita yang berbahaya dan lapuk itu. Kita memerlukan stategi yang jelas serta program perubatan untuk membantu orang ramai memahami dan mengakui risiko kesihatan dan sifat semulajadi gula dan karbohidrat diperhalusi yang menimbulkan ketagihan.
Sumber: Mark Hyman, MD