Penyebab Hormon Tak Stabil, Rupanya Wanita Tak Boleh Pakai ‘Perfume’? – “Period Lambat, Ada Masalah Hipertiroid”

Kehidupan

Penyebab Hormon Tak Stabil, Rupanya Wanita Tak Boleh Pakai ‘Perfume’? – “Period Lambat, Ada Masalah Hipertiroid”

Dapat dilihat dalam satu perkongsian seorang wanita di platform TikTok, dia memberitahu kisah dirinya hadapi masalah hormon yang tidak stabil dipercayai disebabkan penggunaan minyak wangi seharian.

Kaum wanita jangan pakai perfume!

Katanya, sebelum ini dirinya sangat menyukai minyak wangi sehingga menjadikan ia sebagai koleksi, di mana apabila ada haruman yang baru, dia akan membeli dan memakai secara bergilir-gilir.

Advertisement

Namun, wanita itu perasan dalam pada masa yang sama, dia mengalami masalah hormon yang sangat ketara, antaranya kitaran haid tak menentu, senggugut yang sangat sakit serta sakit kepala teruk menjelang waktunya.

Penyebab utama ketidakseimbangan hormon dalam badan

Masa tu I tak tahu bahawa perfume yang I suka pakai ni sebenarnya telah menyumbangkan xenoestrogen (penyebab ketidakseimbangan hormon) dalam badan.

Susulan itu, dia kini memilih untuk memakai minyak pati (essential oil) berasaskan bau bunga seperti geranium, di mana ia lebih lembut dan tidak mencolok baunya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan perkongsian wanita tersebut dan ada yang mendakwa mengalami simptom pelik seperti pening kepala, jerawat hormon dan haid tidak menentu selepas ‘obses’ dengan perfume tertentu.

komen

aisyah hijanah kembali bekerja lepas 17 jam bersalin
3 weeks ago

Kembali Bekerja Selepas 17 Jam Bersalin, Netizen Tegur Aisyah Hijanah - "Kenapa Perlu Binasa Diri, Rehat Jelah'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...