Oho ~~ Seram gila Abang Nara membaca laporan yang dikeluarkan di Sinar Harian ini. Seorang penyanyi wanita yang berusia 39 tahun telah membelasah suaminya sehingga mati kerana tidak mahu mangsa mendesak untuk bertemu dengan anaknya walaupun telah dilarang.
Penyanyi wanita tersebut bersama dua anak saudaranya bertindak sedemikian selepas berang apabila mangsa mendesak meminta bertemu dengan anaknya meskipun tidak dibenarkan berbuat demikian. Mangsa kemudiannya ditemui oleh pihak polis di dalam sebuah bilik di dalam keadaan terikat.
Hasil bedah siasat mendapati mangsa maut kerana serangan jantung akibat pergelutan dan kekasaran. Suspek dan dua anak saudaranya ditahan reman untuk membantu siasatan. Difahamkan, pasangan berusia 39 tahun itu tidak tinggal bersama sejak setahun lalu dan dalam proses penceraian. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
P.S: Peluang keemasan sekali seumur hidup untuk hari bersejarah anda. Dapatkan promosi gila-gila daripada Ryaniez Moments Photography. Mereka merupakan jurugambar rasmi majlis perkahwinan Fasha Sandha. Tempah sekarang di Facebook Ryaniez Moments.