Penyanyi Veteran Pukul Abang Ipar Guna Batang Besi, Pernah Terpalit Kontroversi Perkahwinan Tak Direstui Ibu Mentua

Hiburan

Penyanyi Veteran Pukul Abang Ipar Guna Batang Besi, Pernah Terpalit Kontroversi Perkahwinan Tak Direstui Ibu Mentua

Seorang artis dan juga penyanyi veteran ditahan polis setelah disyaki memukul abang iparnya menggunakan batang besi sehingga menyebabkan kecederaan.

Penyanyi veteran pukul abang ipar

Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah flat Bandar Tun Razak, Cheras pada petang Ahad.

Advertisement

Penyanyi lelaki era 80-an dan juga komposer itu dilaporkan memukul abang iparnya yang berusia 41 tahun gara-gara salah faham di antara mangsa dan suspek.

Suspek kemudian bertindak memukul menggunakan besi panjang di bahagian kepala, belakang badan, mata kiri dan bahagian lain mangsa.

PenyanyiSumber : Google  

Akibat daripada kejadian itu, mangsa mengalami pendarahan di bahagian kepala dan menerima dua jahitan, bengkak mata kiri, lebam di tangan kiri dan luka di tangan kanan.

Pernah menyertai program hiburan popular

Berikutan itu, abang ipar kepada penyanyi berusia 64 tahun itu telah membuat laporan polis setelah mendapatkan rawatan di hospital.

Difahamkan, penyanyi itu juga pernah menyertai sebuah program realiti hiburan popular dan pernah terpalit kontroversi berhubung perkahwinannya yang tidak direstui ibu mentua dek jarak umur yang terlalu jauh dengan isteri.

Penyanyi itu dilaporkan akan menerima perintah reman bermula hari ini. – ASTRO AWANI

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Fahmi Fadzil Jasmin
1 month ago

"Ramai Lagi Anak-Anak B40 Peluang Mereka Dinafikan" - Kerajaan Sedia Kaji Bantu Jasmine Suraya Sambung 'Study' Di Luar Negara, Netizen Tak Setuju?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Astro Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...