Penyanyi Terkenal ‘Tercuri’ Telefon Bimbit Peminat, Dedah Ada Penyakit Kleptomania

Hiburan

Penyanyi Terkenal ‘Tercuri’ Telefon Bimbit Peminat, Dedah Ada Penyakit Kleptomania

Penyanyi terkenal Indonesia, Rossa tampil berkongsi cerita apabila dia pernah ‘tercuri’ telefon bimbit peminat selepas mereka bergambar bersama di sebuah salon.

Kongsi Rossa, dia dan rakan-rakan datang ke salon berkenaan untuk menjalani rawatan dan sempat mengambil foto bersama pekerja premis itu.

Advertisement

Namun setelah pulang, Rossa menerima panggilan daripada pihak salon dan bertanya mengenai keberadaan telefon bimbit staf mereka.

Mereka telefon dan bertanya sekiranya telefon bimbit itu ada pada saya atau tidak. Awalnya saya keliru dan mula terfikir sekiranya saya yang tertinggal telefon di sana.

Tapi bila periksa beg tangan rupanya telefon bimbit pekerja bersama saya. Saya ada kleptomania.

Rossa kemudian berpatah balik ke salon untuk memulangkan telefon bimbit kepada staf berkenaan.

Sekadar info, kleptomania ialah satu gangguan mental atau psikologi di mana seseorang mempunyai dorongan yang kuat untuk mengambil sesuatu walaupun bukan barang berharga.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-09-05 11:02:54

"Kebenaran Lambat Laun Akan..." – Afi Hamri Mohon Doa Netizen Hadapi Saman RM5 Juta Dari Fattah Amin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...