Industri seni tanah air kembali hangat apabila timbul dakwaan membabitkan sepasang selebriti yang dipercayai sudah melangsungkan pernikahan secara senyap-senyap di Makkah.
Menurut sumber, spekulasi itu mula tercetus selepas seorang artis didakwa terlepas cakap mengenai perkara berkenaan, sekali gus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat.


Difahamkan, pasangan tersebut dikatakan berangkat ke Makkah pada penghujung tahun lalu sebelum mengambil keputusan untuk bernikah di sana.
Sebelum ini, hubungan cinta mereka sememangnya sering menjadi perhatian ramai. Namun kebelakangan ini, kedua-duanya dilihat semakin jarang berkongsi momen romantis di media sosial, sekali gus menguatkan lagi spekulasi tersebut.
Bagaimanapun, sekiranya dakwaan itu benar, rata-rata peminat dilihat menyambut baik berita berkenaan memandangkan hubungan pasangan itu dikatakan mendapat restu sejak awal.
Malah, setiap kali digandingkan bersama di pentas, mereka sering berjaya mencuri perhatian dan menerima reaksi positif daripada peminat.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
