Baru sahaja ingin dikenali, penyanyi Santesh yang popular dengan lagu Amalina dikecam teruk apabila memakai baju dengan lambang Jalur Gemilang tetapi membuang bahagian bulan sabit dan bintang dan digantikan pula dengan corak tanda hashtag (#) berwarna putih ketika muncul dalam program hiburan di TV3.
Santesh menerusi akaun Instagramnya memohon maaf atas kesilapan yang beliau lakukan dan menjelaskan beliau tidak mempunyai niat untuk mempersendakan bendera Malaysia.
Sebenarnya baju itu adalah hadiah pemberian seseorang kepada Santesh, beliau juga tidak sangka ia akan menimbulkan isu besar.

Puaka ngeri
January 9, 2019 at 9:40 pm
Patutnya yg mintak maap Tv3suku. Dah dia yg bolos tapis.
Anonymous
January 9, 2019 at 4:26 pm
nak gurau biar bertempat…soal agama,bangsa & negara jgn dibuat main..tpi pujian utk kau sbb berani minta maaf secara terbuka..harap x buat lagi la..
Saya
January 9, 2019 at 2:54 pm
Saya cuma harap dr sini U belajar..Ada masanya Kita buat silap..Dan kesilapan tu sensitive..x tau lah sengaja atau tidak..lambang Bulan Dan Bintang tu merujuk kepada agama Islam sebagai agama rasmi..raja2 Melayu…sangat sensitive…sama lah mcm U sensitive dikata hitam..sampai nk saman menyaman..tu penghinaan dr individu ke individu…yg U buat ni penghinaan dr individu pada semua rakyat Msia..khasnya yg beragama Islam..so, hati2 lah dgn perkara sensitive next time..if U nk org x hina U..jgn lah hina org lain