Penyanyi remaja dari Indonesia, Farel Prayoga membuatkan ramai terkejut apabila dia mendedahkan pernah menjadi mangsa dera ibu tirinya.
Remaja berusia 15 tahun itu mendakwa dia juga dipaksa oleh ahli keluarga yang lain untuk bekerja sebagai penyanyi jalanan bagi menampung semua perbelanjaan.
Dakwa Farel, dia disuruh bernyanyi di tepi jalan sejak usia 8 tahun dan meskipun pada awalnya penyanyi itu sendiri yang mahu kerana minat namun lama kelamaan ia menjadi satu pekerjaan buatnya.
Kalau tak menyanyi tidak dapat duit. Ketika kecil saya selalu diseksa. Saya pernah dihalau keluar rumah dan tidak dibenarkan tidur. Dia (ibu tiri) benci saya kerana wajah saya mirip ibu kandung. Jadi setiap kemarahan dia akan lepaskan kepada saya.
Bukan sahaja didera ibu tiri, Farel juga mendakwa bapa dan adik beradiknya yang lain turut bersekongkol menyalahgunakan duit simpanannya.
Apabila ditanya tentang baki duit simpanan di dalam akaunnya, semua menuduh Farel sendiri yang boros dan tidak bijak berbelanja.
Kemudian kakak beritahu duit itu digunakan untuk beli kuda buat abang. Mereka sepakat guna duit saya, tetapi apabila bergaduh semua rahsia terbongkar.
Lebih menyedihkan, Farel tidak pernah berjumpa dengan ibu kandungnya sejak dari kecil namun katanya mereka sudah mula berhubung baru-baru ini selepas namanya mula dikenali.
Jangan mak kandung pun ada niat lain sudahlah…