Penyanyi Rap Waris Buka Kedai Vape?

Hiburan

Penyanyi Rap Waris Buka Kedai Vape?

Sekarang ini kalau pergi mana-mana sahaja mesti ada orang yang menggunakan vape bukan? Malah, pelbagai jenis mod dan juice yang terdapat di pasaran bagi memenuhi citarasa pengguna.

Advertisement

Ingin menceburi bidang perniagaan, penyanyi rap terkenal Waris telah mengambil peluang atas produk vape yang cukup trending ini dengan membuka sebuah kedai khas untuk penggemar vape iaitu Most Wanted Vape Shop di Gombak, Selangor sekitar dua minggu lepas.

Waris mahu menggunakan peluang yang ada untuk mendidik masyarakat tentang kebaikan vape yang jauh lebih selamat dan sihat berbanding penggunaan rokok.

Saya membuka bisnes ini pun sebab pengalaman diri saya sendiri yang sudah mampu untuk meninggalkan rokok. Memang pada mulanya, agak kekok dan tidak biasa dengan vape tetapi lama-kelamaan, saya semakin selesa dan tidak lagi menghisap rokok.

Pelbagai pendapat yang bercanggah mengenai kebaikan menghisap vape, ada pihak yang mengatakan ia sebenarnya lebih bahaya daripada rokok dan sebaliknya. Apa-apapun, jangan terlalu obses dengan sesuatu benda kerana setiap yang baik pasti ada sedikit keburukannya.

Walaupun vape mengeluarkan wap air dan bukannya asap, itu tidak bermakna penghisap vape tegar boleh menghembuskannya di mana-mana tempat, jagalah juga adab anda janganlah acah abang-abang bila dapat membuat wap besar tu.

Sumber Berita: The Rakyat Post

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...