Seorang penyanyi rap tempatan dilaporkan antara tiga rakyat Malaysia yang telah ditahan oleh pihak berkuasa Laos kerana disyaki terlibat dalam cubaan menyeludup dadah jenis ganja ke Jerman.

gambar hiasan
Menurut laporan Utusan Malaysia, ketiga-tiga mereka telah ditahan sejak 27 Mei lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay bersama 103 bungkusan ganja yang dipercayai seberat kira-kira 86 kilogram.
Laporan The Laotian Times menyebut bahawa pegawai kastam dan keselamatan lapangan terbang mengesyaki sesuatu semasa pemeriksaan dilakukan ke atas mereka. Pemeriksaan ke atas enam bagasi milik suspek telah menemui sejumlah besar ganja yang disembunyikan dalam bagasi berkenaan.

Difahamkan, ketiga-tiga suspek sedang bersedia menaiki penerbangan Thai Airways ke Jerman, yang dipercayai menjadi destinasi akhir penghantaran dadah tersebut.
Pihak berkuasa Laos mengesahkan bahawa semua suspek kini ditahan dan akan didakwa mengikut undang-undang negara itu.
Kes ini merupakan antara beberapa cubaan penyeludupan dadah yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay kebelakangan ini.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.’