Penyanyi rap, Alfie Zumi terkejut apabila menjumpai seluar dalamnya (boxer) dipenuhi darah seakan darah haid dan telah mencetuskan kebimbangan.
Menerusi akaun media sosial, Alfie telah berkongsi cerita itu dan dia kemudian membuat keputusan untuk bertanya kepada Chatgpt.
Alangkah terkejut apabila Alfie dimaklumkan bahawa darah tersebut berkemungkinan memberi maksud ia adalah ilmu pengasih, untuk membuatkan seseorang jatuh cinta mahu pun taksub.
Tidak lama selepas itu, dia memberitahu telah membakar seluar dalam berkenaan untuk mengelakkan daripada perkara yang tidak diingini berlaku.
View on Threads
Hantaran itu meraih perhatian netizen dan rata-ratanya memberikan pendapat berhubung situasi yang dilalui penyanyi lagu SAH itu.
Seorang individu bertanya jika Alfie menghadapi penyakit buasir namun penyanyi itu tidak bersetuju dan berkata dia tidak mengalami sebarang simptom.
Dalam pada itu, segelintir netizen menasihati Alfie untuk mendapatkan rawatan lanjut agar dia dapat mengetahui perkara yang sebenar.