Dunia hiburan tempatan kembali menjadi perhatian apabila seorang penyanyi rap wanita tanah air menerima kecaman hebat susulan pelancaran video muzik terbaharunya yang dianggap tidak sensitif dengan kesucian bulan Ramadan.
Video muzik tersebut memaparkan penyanyi berkenaan bersama beberapa penari latar mengenakan pakaian yang dilihat agak menjolok mata serta mempersembahkan tarian yang dianggap kurang sopan oleh sebahagian masyarakat.

Keadaan menjadi lebih hangat apabila lagu berkenaan menggunakan elemen lagu rakyat tradisional Melayu, namun divisualkan dengan imej yang jauh berbeza daripada nilai warisan asal. Perbezaan itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.
Di ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan kekecewaan dan menyifatkan tindakan melancarkan visual sebegitu di bulan mulia sebagai satu langkah yang “tone-deaf” dan terlalu berani demi mendapatkan perhatian.
Selain itu, penggunaan kapsyen yang menyentuh soal ‘warisan’ (heritage) dalam hantaran promosi turut dipersoalkan kerana dianggap tidak selari dengan imej yang dipaparkan dalam video tersebut.
Walaupun terdapat segelintir peminat yang mempertahankan karya berkenaan atas dasar kreativiti dan kebebasan berkarya, namun kritikan nyata lebih mendominasi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
