Penyanyi Rap Baru, Yaph Sorok Identiti Seperti Bandi Amuk Dan Encik Mimpi, -“Keluarga Pun Tak Tahu Saya Kini Bergelar Penyanyi!”

Hiburan

Penyanyi Rap Baru, Yaph Sorok Identiti Seperti Bandi Amuk Dan Encik Mimpi, -“Keluarga Pun Tak Tahu Saya Kini Bergelar Penyanyi!”

Jika anda masih ingat dengan penyanyi Encik Mimpi dan Bandi Amuk yang memilih untuk tidak mendedahkan identiti kepada umum walaupun bergelar artis, kali ini nampaknya ada seorang lagi artis baru yang mengikuti jejak langkah yang sama.

Penyanyi Rap baru yang ingin dikenali sebagai Yaph, 28, berkata, dia ingin merahsiakan identiti kerana ingin masyarakat di luar sana supaya menghargai bakat dan karyanya berbanding personaliti dan paras rupa.

Advertisement

Mengakui dirinya seorang yang pentingkan privasi tetapi dalam pada masa yang sama ingin orang di luar sana lebih menghargai bakatnya merupakan sebab dia mengguna pakai konsep untuk tidak mendedahkan identiti sebenar.

“Tak perlu orang tahu siapa saya tapi apa yang penting, orang kenal dan tahu tentang karya yang saya hasilkan. Saya nak orang lebih hargai karya seseorang berbanding melihat rupa paras,”

Yaph turut memberitahu bahawa dia benar-benar meinginkan orang di luar sana supaya lebih menghargai karya yang telah dan bakal dipersembahkan kelak.

Dalam pada itu, dia turut menjelaskan hanya orang terdekat saja yang mengetahui dirinya seorang penyanyi. Malah, keluarganya sendiri tidak mengetahui statusnya kini sudah bergelar anak seni.

View this post on Instagram

Dosa itu beban, Jangan dipikul. Dengarkan EP ‘Malam’ di Spotify dan YouTube

A post shared by YAPH (@yaph.rasmi) on

“Tak ramai yang kenal dan tahu tentang saya. Hanya rakan yang betul-betul rapat sahaja kenal siapa saya. Keluarga saya sendiri pun tak thau saya jadi penyanyi. Malah, isteri saya juga baru tahu mengenai ini tapi memandangkan dia tidak begitu minat akan muzik, jadi dia tidaklah berasa terkejut dan respon yang ditunjukkan biasa saja,”

Perkembangan terkini, Yaph baru sahaja melancarkan lagu berjudul Duit Kertas yang menampilkan dirinya berduet bersama dengan Skulleight pada Jun yang lalu. Video lagu berkenaan telah dimuat naik di laman Youtube dan klip video berkenaan telah mencapai hapir 80,000 tontonan. Dia turut menerbitkan mini album berjudul Malam yang merangkumi lima lagu antaranya lagu Tenang Semalam, Dosa dan Chill Lah.

Sumber: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...