Baru-baru ini penyanyi rap Altimet mengumumkan beliau sudah nekad untuk bersara dari dunia seni bermula 27 November tahun ini. Berikutan keputusannya itu, ada segelintir netizen yang mengandaikan karya-karya Altimet sudah tidak laku lagi.
Membalas komen netizen di Instagram, Altimet akui lagunya kurang mendapat sambutan berbanding dengan artis lain. Walaubagaimanapun, Altimet memberitahu kehidupannya kini lebih selesa. Sudah hampir bebas daripada hutang dan mempunyai aset serta simpanan yang mencukupi untuk hari tua.
Bersara tidak semestinya Altimet sudah tidak laku. Masih ada sahaja penyanyi yang selesa untuk bekerja dibelakang tabir dan mencipta lagu-lagu hits. Contoh terdekat adalah Malique, sehingga hari ini tiada siapa yang tahu apa sebenarnya yang terjadi kepada beliau, tetapi karyanya cukup berkualiti serta masih lagi mampu menyentuh jiwa dan mendapat sambutan hangat. Apa-apa pun, semoga Altimet bahagia dengan keputusannya itu, rezeki ada dimana-mana.