Penyanyi & Pelakon Lelaki Terkenal Buat Laporan Polis, Dakwa Difitnah Di Media Sosial

Hiburan

Penyanyi & Pelakon Lelaki Terkenal Buat Laporan Polis, Dakwa Difitnah Di Media Sosial

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, polis sedang menunggu laporan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi mengenal pasti pemilik akaun media sosial Threads yang membuat hantaran fitnah terhadap pelakon dan penyanyi lelaki terkenal.

Kata Mohamed Usuf, pihaknya sudah merakam keterangan artis terbabit bagi membantu siasatan dan beberapa lagi keterangan saksi akan diambil pada minggu ini.

Advertisement

Pihak polis juga masih menunggu laporan MCMC untuk mengenalpasti pemilik akaun yang digunakan oleh suspek.

Pemangku Ketua Polis KL

Terdahulu, seorang pelakon dan penyanyi terkenal telah membuat laporan polis mendakwa telah difitnah menerusi satu hantaran dimuat naik di platform media sosial ‘Threads’.

Artis lelaki itu membuat laporan pada 18 Julai lalu selepas tidak berpuas hati berhubung hantaran dibuat pemilik akaun Threads tersebut yang didakwa mengandungi unsur fitnah, provokasi dan hasutan yang disebarkan secara umum.

Kes dibuka mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Selain itu, kami kongsikan artike trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-07-21 10:55:53

Kisah Lama 'Penyondol' Kembali Tular, Alya Iman Buat Laporan Polis - "Saya Taknak Ulang Kisah Lama.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...