Penyanyi yang kini bergelar pengacara bagi rancangan CJ WOW SHOP, Mimie Haris mengakui beliau sudah pun bercerai dengan suaminya, Mohammad yang merupakan seorang ahli perniagaan. Perkahwinan mereka hanya kekal selama lapan bulan sahaja. Difahamkan, punca mereka bercerai kerana tidak mempunyai persefahaman.
Mimie bagaimanapun enggan lagi mengenangkan segala derita dan redha dengan ketentuan takdir buat dirinya. Buat Mimie, jodoh mereka tidak panjang.
Benar kami berpisah sejak lima bulan yang lalu. Secara rasminya kami bercerai pada bulan November tahun lepas. Sudah tidak ada jodoh antara kami lagi. Walau bagaimanapun perkara ini sudah berlalu dan selesai.
Terdahulu, Mimie dan Mohammad membuat keputusan untuk bertunang hanya selepas dua bulan berkenalan. Mereka kemudiannya mendirikan rumah tangga sekitar bulan Disember 2015.
Setiap yang berlaku ada hikmahnya sendiri, sudah ditakdirkan jodoh mereka tidak lama. Mungkin juga Mimie dan Mohammad belum lagi mengenali sikap dan hati masing-masing  dengan betul sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Tidak mengapalah, tentu satu hari nanti Allah SWT akan menemukan Mimie dengan seseorang yang betul-betul sesuai dengan dirinya.