Penyanyi Malaysia, Indonesia Bergabung Gegar Stadium Merdeka Januari Ini

Branded

Penyanyi Malaysia, Indonesia Bergabung Gegar Stadium Merdeka Januari Ini

Stadium Merdeka bakal digegarkan dengan penampilan 5 penyanyi beserta persembahan penuh bertenaga pada 24 Januari 2026 akan datang.

stadium merdeka

Ayuh rawat luka dan duka di hati dengan Healing Nite 2026 di mana penonton akan dihiburkan oleh nama-nama besar dalam dunia seni suara berkongsi pentas melantunkan lagu yang menjadi siulan ramai.

Anuar Zain dikenali sebagai penyanyi balada terkemuka Malaysia dengan vokal mantap dan lagu-lagu malar segar seperti Keabadian Cinta, Lelaki Ini dan Sedetik Lebih yang terus menjadi pilihan peminat sejak puluhan tahun.

Ella merupakan ikon rock wanita tanah air yang sinonim dengan aura bertenaga dan lagu-lagu hit yang masih kekal relevan merentas generasi.

Dayang Nurfaizah terkenal dengan keupayaan vokal yang versatil serta karya berkualiti tinggi, menjadikannya antara penyanyi wanita paling diminati kerana tone suara unik serta senarai lagu digemari ramai tanpa mengira batas usia.

Lyodra ialah penyanyi muda berbakat dari Indonesia yang mencuri perhatian dengan vokal beremosi dan pencapaian luar biasa sejak usia muda. Lagu Sang Dewi benar-benar mengangkat nama penyanyi jelita ini bukan sahaja di negara kelahiran malahan di Malaysia juga.

Kangen Band pula merupakan kumpulan muzik popular dari Indonesia yang dikenali dengan lagu-lagu berunsur cinta dan nostalgia yang dekat di hati pendengar. 

Mereka terkenal dengan lagu-lagu melankolik dan romantis seperti “Cinta Sampai Mati,” “Takkan Terganti,” “Dengarkan Sayang,” “Merayu Tuhan,” dan “Masa Laluku,” yang sering menjadi hit dalam kalangan pendengar.

healing nite 2026

Cepat dapatkan tiket yang khabarnya terjual lari di SINI. Jumpa korang di sana!

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...