Penyanyi dan komposer dikenali ramai iaitu Ippo Hafiz telah pun disahkan bercerai talak satu dengan isteri, Fara Roslan di Mahkamah Rendah Syariah Ampang, Selangor pada 21 Januari lalu.
Berita tersebut telah pun disahkan oleh peguam syarie yang mewakili Ippo sewaktu dihubungi oleh mStar.
Mereka telah bercerai secara baik, tidak ada sebarang masalah.
Peguam yang bernama Fakhrul Azman Abu Hassan bersuara bagi pihak Ippo susulan penyanyi terbabit memilih untuk mendiamkan diri apabila ditanya soal status rumah tangga.
Sekadar info, Fara telah memfailkan perceraian terhadap Ippo pada Februari 2024.