April 8th, 2020

Penyanyi Indonesia yang popular dengan lagu Januari, Glenn Fredly menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Jakarta Selatan, hari ini kira-kira jam 6 petang waktu tempatan. Khabar duka itu dimaklumkan rakan rapatnya yang juga penyanyi, Tompi.

glenn fredly meninggal dunia

Glenn yang berusia 44 tahun dikhabarakan meninggal dunia akibat penyakit meningitis.

Dia telah berkahwin dengan bintang dangdut, Ayu Mutia tahun lalu dan baru menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka, Februari lalu.

glenn fredly meninggal dunia Glenn atau nama sebenarnya Glenn Fredly Deviano Latuihamallo, dilahirkan di Jakarta pada 30 September 1975. Takziah kami ucapkan buat keluarga mendiang.

Sumber Berita : Liputan 6


2 responses to “Penyanyi Lagu Januari, Glenn Fredly Meninggal Dunia”

  1. Katil Asrama says:

    Penyanyi yang mempunyai suara emas. Pergi umur muda lagi 44 tahun. Takziah pada keluarga

  2. Anonymous says:

    P

Loading...