Penyanyi Lagu Irama Tradisional Nafi Terlibat Kes Amang Se*sual Pelakon Lelaki – “Semua Tenang, Itu Fitnah”

Trending

Penyanyi Lagu Irama Tradisional Nafi Terlibat Kes Amang Se*sual Pelakon Lelaki – “Semua Tenang, Itu Fitnah”

Seorang penyanyi lelaki tampil mempertahankan diri berikutan dakwaan yang mengaitkannya dengan kes seorang penyanyi lagu tradisional didakwa melakukan perbuatan amang seksual terhadap seorang pelakon cilik.

Menerusi satu hantaran di Instagram, penyanyi berkenaan menegaskan bahawa khabar angin yang tersebar itu adalah tidak benar dan menyifatkan segala tuduhan yang dilemparkan sebagai satu bentuk fitnah.

Advertisement

Penyanyi irama tradisional nafi lakukan amang seksual terhadap pelakon cilik

Siasatan sedang dijalankan. Segala bukti dikumpul dan semua saksi disoal siasat bagi membantu proses siasatan.

Saya ingin menegaskan bahawa segala tuduhan yang sedang tersebar adalah tidak benar dan itu merupakan satu bentuk fitnah serta tohmahan.

Tambahnya lagi, kes terbabit kini dalam siasatan pihak berkuasa dan beliau menyeru orang ramai supaya tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu proses keadilan.

Saya berharap agar semua kekal tenang dan tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih.

Doakan yang baik-baik untuk saya, isteri dan keluarga. Terima kasih kepada semua yang masih setia mendoakan dan memberi kata-kata semangat. Saya amat menghargainya.

Terdahulu, personaliti media sosial, Caprice, membuat satu pendedahan mengejutkan berhubung seorang penyanyi lagu tradisional yang didakwa telah melakukan amang seksual terhadap seorang pelakon cilik.

Lebih mengejutkan, ibu kepada pelakon kanak-kanak tersebut turut tampil membuat kenyataan mendakwa anaknya pernah dicium oleh penyanyi terbabit di beberapa bahagian termasuk dahi, pipi, dan bibir.

Menurut si ibu, anaknya mula mengenali penyanyi berkenaan selepas terlibat dalam sebuah pementasan teater dan tidak menyangka hubungan mereka menjadi terlalu akrab.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Diana danielle dirangkul pelakon lelaki
2025-08-06 16:12:15

"Soft Launch Ke Ni?" - Diana Danielle & Fazziq Muqris Bercinta? Gambar Mesra Rangkul Pinggang Buat Netizen Tak Keruan!

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : OhBulan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...