Written by Bella | November 7th, 2017

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi lagenda Aishah? Kemunculan beliau dalam program Gegar Vaganza 4 membuatkan ramai yang teruja apatah lagi suara Aishah sehingga hari ini masih lagi mantap sehingga mendapat “standing oviation” daripada penonton ketika menyanyikan lagu hitsnya, Janji Manismu.

Walaubagaimanapun, timbul isu apabila ada beberapa netizen mempersoalkan gaya busana Aishah yang dilihat terlalu ringkas dan tidak gah lebih-lebih lagi gaun berwarna merah yang dipakai oleh beliau pada minggu ke 2 GV4 yang dianggap tidak sesuai dengan Aishah sebagai seorang lagenda. Timbul khabar angin mengatakan tiada pihak yang mahu menaja pakaian untuk persembahan Aishah pada program GV4.

Betul ke? Mari kita lihat apa respon Aishah mengenai khabar angin tersebut :-

Buat masa ini, Aishah menerusi akaun Facebooknya memberitahu beliau memerlukan tajaan untuk aksesorinya bagi konsert ke 3 nanti. Jadi, kalau sesiapa yang ingin menaja beliau boleh lah berbuat demikian. Pada kami Aishah seorang artis yang selayaknya menerima tajaan seluruhnya kerana beliau sudah berpuluh tahun dalam bidang seni dan bakatnya juga sangat tidak ternilai.

Sumber Berita : Facebook Wan Aishah Wan Ariffin

Kredit Foto : Instagram Gegar Vaganza Official

26 responses to Penyanyi Lagenda Aishah Tidak Dapat Tajaan Baju Untuk GV4?

  1. Anonymous says:

    ok kepada netizen yang bengap dan yang tak akan faham dengan statement tentang solat tu..maksud nya, sembahyang jenazah bila dia meninggal nanti.. #terbangmenembusawan

    20

    0
  2. wekkkkkkk says:

    org negeri sembilan yg kaya2 tu tolonglah sponsor atau retis n.9 yg kaya mcm Nabil pun boleh je sponsor jugak…atau pemain bola sepak si Zafuan2 tu pun boleh jugak.

    4

    0
  3. Meh says:

    Tak suka ramai-ramai, invading private space la, rimas la… then jgn jadi artis.

    3

    21
  4. Anonymous says:

    Astro penipu..juri2 xde kuasa…
    Hanat!!!

    6

    1
  5. Anonymous says:

    Patutlah Hatta Dolmat tulis minta sponsor untuk Aishah. Memang dia tak ada sponsor baju yanv sesuai. Tapi sponsor mestilah nak artis yg popular dan ada ruang menang. Aishah generasi terdahulu, zaman sudah berlalu.

    7

    0
  6. Anonymous says:

    agak2 mana la Aishah letak bustier top yang dia pakai dlm video Aishah & the Fan Club. Ingat maori tadi..rupanya Malaysian. Sensationnnn

    2

    0
  7. Hijabsa says:

    Mungkin orang tak sponser kerana kalau badan besar…susah nak nampak cantik baju rekaan..
    Sehelai baju berapa ela nak cukup…

    Takpe Aishah..suara sedap..pakai apa2 asal sopan dah cukup..

    0

    4
  8. anon says:

    Penyanyi lagenda??? wtf. Tua2 dah tak yah masuk lah pertandingan nyanyi2 ni, wat amal ibadat lagi baik. Suara perempuan tu pun aurat & muzik2 ni bknnya bagus pun

    0

    15
    • remaja 19 says:

      Hina ke bila kita menjadi tua..kenapa nk keluar perkataan wtf..hormat sikit pd org tua boleh..awk xkn tua ke?? Awk x tau lg boleh hidup sampai mcm usia dia ke x..baik sgt ke cara hidup awk skrng..mulut oh mulut anon 6.23pm

      4

      0
    • minah jambu suka sahara yaakop says:

      lagi tua lagi berminyak tau tak suara power ape skarang aishah tk tutop aurat ke ? kalau nak buat amal ibadat tk payah nak kasi ajar lah ! dia punye suka lah n ak nyanyi ke ape ke nak pekek sampai tekak terkeluar itu dia punye pasal susah tkde orang nak tolong so aishah hepening2kn diri u tu dengaaaaaaan gegaaaaaar Vgannnzaaaaaa..! semoga sakses aishah..sahaRA yaakop tknak pangil ke ?

      2

      0
  9. joe says:

    nanyi sedap, bila ckp suara kecik, lagi bahasa kasar negeri kuar, x best..

    0

    3

Leave a Comment

Optional