Penyanyi Dikir Barat, Suami & Rakan Mengaku Bersalah Ambil Bahan Terlarang

Trending

Penyanyi Dikir Barat, Suami & Rakan Mengaku Bersalah Ambil Bahan Terlarang

Penyanyi dikir barat Malaysia bersama suami dan empat individu yang lain mengaku mengambil dadah dalam satu serbuan di sebuah hotel di Sungai Golok, Narathiwat, Thailand pada 1 November yang lalu.

Walau bagaimanapun, Eda Ezrin atau nama sebenarnya Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail bersama suami, Mohd. Affendi Ahmad dan empat individu, Eridieka Mohd. Noor, Mohamad Alif Deraman, Nur Aida Mamat dan Zuhaira Nasrin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memilik 6,059 biji pil kuda di Sungai Golok.

Advertisement

rakyat Malaysia ditahan pil kuda Golok

Menurut Mstar, pengakuan tersebut dibuat selepas dua pertuduhan dibacakan terhadap mereka oleh Hakim Yuan Khao Kham di Bilik 9, Mahkamah Wilayah Narathiwat, Thailand.

Dalam pada itu, mahkamah juga memerintahkan tertuduh mengemukakan bukti bahawa mereka tidak memilik bahan terlarang itu sebelum perbicaraan bagi pertuduhan memiliki dadah dilaksanakan.

hakim di mahkamah

Difahamkan, keenam-enam mereka diwakili oleh tiga peguam serta seorang peguam yang disediakan oleh kerajaan Thailand.

Mahkamah menetapkan 11, 12 dan 14 Februari depan untuk perbicaraan kes manakala prosiding keputusan hakim pula ditetapkan pada awal Mac depan.

2 weeks ago

Penyanyi Dikir Barat Ada Kelab Peminat Di Penjara Narathiwat - “Mereka Akan Menyanyi Bersama-Sama...”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...