Penyanyi dikir barat wanita dari Kelantan yang ditahan bersama 6,000 biji pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok 1 November yang lalu berhasrat untuk meneruskan karier nyanyiannya selepas keluar dari penjara nanti.
Menurut Harian Metro, penyanyi berusia 29 tahun itu turut berharat peminatnya di Malaysia tidak akan mengutuknya dan dapat menerima dirinya kembali.
Dia berkata dia sedar ramai peminatnya di Malaysia membuat andaian kes tangkapannya bersama lima lagi rakyat Malaysia.
Saya ambil kesempatan ini untuk menyatakan kepada semua peminat saya bahawa saya tidak bersalah.
Saya sekadar ikut kawan-kawan saya ke pekan Golok.
Penyanyi itu turut berkata terdapat beberapa pengasas produk masih menunggunya untuk menyanyikan lagu mereka.
Dia berkata dia sudah bersetuju bekerjasama dengan beberapa pengasas produk untuk terbabit dengan pemasaran barangan.
Saya dimaklumkan pengasas produk berkenaan masih menunggu untuk bekerjasama dengan saya selepas ini.
Ada yang masih menunggu saya untuk menyanyikan lagu produk mereka selepas saya dibebaskan daripada tahanan. Saya sangat terharu kerana mereka masih menyokong saya.