Penyanyi dan pengacara, Mimie Haris mengesahkan rumah tangganya bersama ahli perniagaan, Khairril Anuar Md. Dahilin telah berakhir selepas hampir empat tahun mendirikan rumah tangga.
Mimie atau nama sebenarnya Norshamimi Ahmad Haris, 37, berkata pendedahan itu dibuat bagi mengelakkan sebarang fitnah dan salah faham, selain mahu memberi tumpuan kepada anak mereka.
“Bagi mengelakkan fitnah dan salah faham pada masa akan datang, saya sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan lagi dengan bapa kepada anak saya.”
“Tiada apa-apa lagi yang perlu diperkatakan. Kami berdua sedang meneruskan kehidupan masing-masing.”
“Kami juga cuba untuk menjadi ibu bapa yang terbaik buat anak kami,” katanya menerusi pengumuman di platform Threads.
Bagaimanapun, Mimie tidak memperincikan butiran lanjut mengenai perceraian tersebut. Beliau turut memaklumkan bahawa tempoh idahnya juga telah tamat.

“Saya juga sudah tamat tempoh idah. Perkara ini bukanlah sesuatu yang baharu,” ujarnya.
Untuk rekod, penyanyi yang popular dengan lagu Kakiku Kaku itu mendirikan rumah tangga dengan Khairril pada 16 Oktober 2022 dan dikurniakan dua anak lelaki.
Sebelum ini, Mimie pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan 2020, namun kedua-dua perkahwinan tersebut tidak dikurniakan zuriat dan berakhir dengan perceraian.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
