Penyanyi Cliff Umar dilaporkan dituduh memilik dadah jenis heroin dan mengaku bersalah di atas pertuduhan tersebut.
Cliff atau nama sebenarnya Abdullah Umar Joseph ,42, membuat pengakuan demikian di hadapan majistret Sasha Diana Sabtu di Mahkamah Majistret Shah Alam pada Khamis.
Bekas juara progrram Gegar Vaganza musim ke-7 (GV7) ditahan di Subang Jaya pada Ahad lalu sekitar jam 3.30 petang kerana memiliki heroin seberat 0.39 gram.
Penyanyi itu boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda tidak melebih RM100,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan jaminan bernilai RM3,300 dengan seorang penjamin terhadap Cliff dan tarikh sebutan laporan kimia ditetapkan pada 31 Julai ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.